dashboard,cursor

Elegant Rose - Double Heart

Mar 12, 2016

Cinta Hingga ke Syurga


Kau dan dia. 
Sama-sama berjihad dengan cinta yang kau bawa.
Kau menjaga, dia juga sama-sama menjaga.
Tiap hari titipkan doa antara satu sama lain.
Moga-moga Allah jaga dia untuk kau dan begitulah sebaliknya. 
Moga-moga dengan jalan ini, Allah redha.

Kau lebih suka memilih untuk berdiam.
Kau beranggapan jika berdua dengannya,
hati kau mula berasa tidak tenteram.
Oleh itu, kau cuba untuk kawal.
Kawal dan kawal sebolehnya.
Dia tahu kau suka dan kau tahu dia suka.
Sama-sama pendam dan sama-sama jaga.
Cukuplah pengharapan sepenuhnya bergantung pada Dia.

Jika cinta ini tidak terpilih,
kau takkan sakit kecewa.
Malah, kau akan lebih menerima takdir.
Tidak mahu lagi menanggung sakit angkara luka cinta.
Ya, itulah akibat pengharapan oleh manusia.
Kali ini biar jalan yang kau pilih,
jalan yang kau rasa patut walaupun kau tahu ianya sukar untuk kau lalui.

Moga Allah jaga hati yang tiap hari berbolak-balik perasaannya.
Moga Allah pandang jihad melawan nafsu ini.
Moga Allah permudahkan cinta ini.
Kau cinta dia,
letaklah pengharapan dan jawapan pada Dia.
Keputusan Dia tidak pernah salah.

Sakit?
Kalau kau tak pernah sakit,
kau takkan hargai setiap kebahagiaan yang Allah beri.
Gadis/jejaka itu milik Dia.
Moga Allah jaga dia sebaiknya.
Moga Allah jaga hatinya sebagaimana Allah menjaga hati kau.

Doakan,
semoga dia sentiasa menjaga dan terjaga.
Sentiasa..

#Istikharah
#NWR

No comments:

Post a Comment