dashboard,cursor

Elegant Rose - Double Heart

Apr 2, 2016

Memelihara Hubungan Sebelum Nikah


"Jika kamu memelihara dirimu daripada suatu perkara yang haram kerana Allah swt, di atas wanita atau lelaki yang engkau cintai dengan banyak bersabar. In shaa Allah, Allah akan menghalalkannya untukmu atas kesabaranmu keranaNya ." ..

Macam kisah cinta Saidina Ali r.a dan Fatimah kan?
Dalam diam-diam mereka menyimpan perasaan cinta. Namun kerana takut kepada pemilik cinta, mereka memelihara diri mereka masing-masing daripada terjerumus ke lembah maksiat. Lalu akhirnya, Allah satukan mereka berdua atas dasar jodoh yang telah ditetapkanNya.

Dalam suatu riwayat dikisahkan bahwa suatu hari setelah keduanya berkahwin, Fatimah berkata kepada Ali, "Maafkan aku, kerana sebelum berkahwin denganmu, Aku pernah sekali jatuh cinta kepada seorang pemuda dan aku ingin berkahwin dengannya ."

Lalu Ali pun bertanya, "Mengapa kau tidak mahu berkahwin dengannya? Dan apakah kau menyesal berkahwin dengan ku ?" 

Sambil tersenyum Fatimah Az-Zahra menjawab, "Pemuda itu adalah dirimu ." 

....................

Lihat , betapa romantiknya 'cinta selepas nikah' ini. Oleh itu, jaga hati dan perasaan kita. Jaga hubungan kita dengan Allah dahulu. Cintai Allah terlebih dahulu, In shaa Allah, Allah akan berikan pula pasangan yang boleh menambahkan lagi cintamu kepadaNya. Bukan menjauhkan. 

.............................

Kau Sakit Menderita Untuk Hati Yang Patah Lalu Gugur Hancur , Tapi Apa Yang Kau Dapat Melainkan Kesakitan Yang Tak Berpenghujung , Cinta Yang Tak Pasti Yang Akan Rebah Pada Nafsu Kau Jadikan Ia Cinta Yang Hakiki , Pada Masa Itu Apabila Cinta Itu Dikuasai Nafsu , Kau Rebah Seakan-akan Syaitan Mentertawakan Kerana Engkau Kalah , Tapi Selepas Itu Pasti Engkau Mencari Dia , Dia Yang Selama Ini Kau Tinggalkan , Dia Yang Selama Ini Kau Lupakan Pada Saat Kau Kembali Kepada Dia , Dialah Yang Pasti Gembira Melebihi Gembiranya Ibu Yang Melahirkan Anak , Melebihi Gembiranya Orang Yang Sudah Berhari-Hari Kehausan Lalu Menjumpai Air , Lalu Nikmat Mana Yang Kau Dustakan ?? , Allah Jualah Tempat Kau Kembali Bersujud Memohon Seribu Keampuan Kerana Pada Saat Itu Kau Cuma Ada Dia , Dia Yang Tak Pernah Jemu Menantikan Kau Pulang Kembali “ Allah ”❤. 


Yakinlah pada janji Allah yang berbunyi, "Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Dan perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan ragu. Kerana bila Allah yang janji, sekuat apapun rintangan, In shaa Allah tidak akan ada yang dapat menghalangnya. Yakinlah.

Journey Of Dakwah
#TehKakak
#DiriSendiri

No comments:

Post a Comment